dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. insyaallah dengan izinnye segala-galanya mungkin terjadi. begitu jua dengan hubungan..hubungan sesama manusia, makhluk lain dan yang penting hubungan dengan DIA ..
alhamdulillah..hanya itu kata2 yg mampu terlafaz..apabila diberikan seorang yang aku mampu gelar dia sebagai SAHABAT.. sahabat yang akan memimpin aku ke syuga.. Ya Allah!! tak dinafikan , perkenalan yg terjalin dr satu pertemuan, dan hingga ke pertemuan yg seterusnya..
siapa sangka kerana aku die mengenal agama, dan mengubah dirinye ke arah yg lebih baik..sesungguhnye bukanlah aku yg memberi keajaiban itu, tapi alhamdulillah kerana aku antare insan yg dipilih oleh Allah utk membawa dia ke jalanNYA.. sekali lagi lafaz Alhamdulillah! kerana dia juga , menjadikan aku seseorang yg sentiasa mengingatinya, kerana dia aku mengenali diri aku sendiri dgn lebih baik, kerana dia, menjadikan aku seseorang yg tahu menghargai, menilai erti kasih sayang, mencari erti sebenar perhubungan..
siapa sangka dari sebesar zarah perselisihan faham, hubungan menjadi lebih rapat.. hubungan yg retak berbulan3,, ta betegur sapa, x melihat wajah masing2, betul2 mencabar hati ketika itu.. tersepit antara cerita, berita dan duka yg akhirnya mengalirkan air mata.. air mata pertama untuk seorang sahabat..
pengalaman itu mengajar aku, untuk tidak mendengar pada kata2 hinaan dan fitnah yg disampaikan..terima lah teman2 yg ada disisi sedanya ..siapa pun mereka, bagaimanapun keadaan mereka, jangan disoalkan mengapadia begitu.. ada sebab nya kenapa kita dipertemukan.. dan insyaallah perkenalan yg menjalinkan perhubungan ini berkekalan hingga ke syurga Allah.. insyaallah..itu harapanku ..harapan bertemumu di syurga.. berjalan, berpimpin tangan denganmu mencari syurga Allah..amin3..










No comments:
Post a Comment